Pages

#Day 8 - 10 of your favourite songs




Hari ke 8 . Balik-balik aku tangguhkan hari ni sebab mood blogging takda.


Kali ni pasal 10 lagu kegemaran aku .Sebenarnya ,aku ni seorang yang cepat bosan. Mula-mula suka tapi bila dah dengar beribu kali,memang telinga tepu sudah.-_- Bila dengar balik,rasa macam "urgh !".So aku akan list 10 lagu yang aku suka this moment.Semuanya lagu Korea .




#1 - Sarang In Ga Yo -Princess Hours ost


#2 - In Heaven - JYJ


#3 - You're so beautiful - Junsu JYJ (Scent Of A Woman OST)






#4 - I'll Be There - Boyfriend




#5 - Tick Tack - U-Kiss




#6 - Mr Taxi - Girls' Generation


#7 - Candy - Boyfriend


#8 - Because To Me It's You - Hyorin SISTAR (Glory Jane OST)



#9 - Geudaeraesoh Komaweoyo - The Queen Returns OST 


#10 - Three Bears (lagu yang si Han Ji Eun nyanyi kat Full House)


Banyak lagi tapi aku bagi sepoloh ja . K , dah 1.40 a.m .. Off to bed !


Annyeong :)




Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Akhirnya aku dapat rest dengan baik !



Bunyi title kat atas tu macam aku dah mati kan ? XD


Sebenarnya ,maksud title kat atas tu aku dah terima result PMR . Result biasa-biasa ja tapi ibu-bapa aku sangat happy .


Alhamdulillah ,Allah dah baik sangat kat manusia macam aku yang banyak sangat buat dosa .Dia sentiasa berikan yang terbaik buat hamba-hambanya. Segala puji bagiNya . 












  And simply thank you to my parents for giving me motivation and support non stop,teachers for teaching me,giving me knowledge until I gained that success and for my friends ,the 3 sahabat ,I love you girls ! Thank you for being there when Im in such  painful,sad,happy and everything! For giving me motivation when I did'nt ever thought that I would get that 9A's . Infinite thanks :) #reallymeant


Aku sangat senang hati melihat ibu bapa aku yang sangat gembira.


Result yang aku pun sendiri tak jangka. Sebelum ni target 6A ja.Alhamdulillah .




Aku harap aku boleh buat yang terbaik lagi SPM nanti.. 


okayy , chow. Wasalam .




Btw,aku form 4 next year ! XD

Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Giveaway by Aimi

Assalamualaikum .. :)

Hari ni ,aku join GA by Aimi ..

First time aku join GA . Mood datang . Btw,korang yang baca entri ni bolehlah join . Sama2 meriahkan ! :) Tekan ja kat atas tu untuk join ;)


Ni syaratnya :



1. Wajib follow blog Aimi untuk memudahkan anda .
2. Tag kepada 3 orang rakan dan pastikan diorang tahu .
3.Pemilihan pemenang berdasarkan Random.org
4.Ini paling mudah : Letakkan setiap banner sponsor sehingga tamat giveaway di sidebar , jika tidak penyertaan anda terbatal 
5.Tinggalkan link anda di comment .

Aku tag semuaaa orang . okay ,pai pai !

Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Apasal banyak sangat LIKERS orang ni?

Title kat atas tuh aku saja-saja ja buat. 

Tapi aku memang nak cakap pasal like -like ni.


Apa fungsi button 'like' ni? Soalan bodoh.Untuk LIKE laa ,engko nih !

Sepanjang berada di Facebook(ayat skema),aku perasan beberapa jenis manusia tentang button like tu.Paham tak ayat aku ? XD 

Maksud aku ,kenapa status seseorang itu banyak gila nak mampus LIKERS ha ? 


Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa cam tu kan?

.....

1 - Pemilik status tu golongan retis-retis gitu .

   Ini memang dah common la kan ? Cuba tengok profile Bruno Mars(contoh) . Walaupun ada status yang maybe tak menarik , tapi likers tuh memang banyak.Dah nama peminat kan,segala benda pasal artis tu kesemuanya akan di'like' ! Aku pun ikut juga like , kipas susah mati yaw .



2 - Orang tu comey/cuns/kachak/hensem gilorh lorh !

 'Wooyoo, cun/hensem gila orang nih !!' Hati cair melihat gambar si girl/boy yang mencairkan maka tangan pun mulalah klik button 'LIKE' tu . Haa .... Ini pun sebab kenapa status someone tu banyak orang like .Selalunya, perempuan yang cuns selalu dapat 'Like' ni.Berbeza dengan lelaki. Biasalah,siapa tak suka akan kecantikan kan? ;)

                            Seohyun SNSD*bagi yang minat kpop tu,mesti kenal kan?;D

3 - Satautus*status orang tu memang layak di'like'! 

    Bila status hebat,cool ,sapa taknak like kan ? 

4 - "I like status you ,you like status i..Amacam?"

  Ini selalu terjadi. Tak heranlah kalau banyak likers sesuatu status tu.Dia like sesuatu status supaya status dia pun ada banyak likers. Even dia buat status yang buat menyampah,LIKERs tetap like supaya status dorang pun ada likers jugak . Betul kan? Hal ni pernah terjadi kat aku. Aku pelik ,semua status aku di'like' oleh seseorang tapi aku tak like status dia sehinggalah satu hari ni,dia chat dengan aku minta like status dia. -_- 



Okayla ,tu ja entri aku hari ni .


Korang pun nak LIKERs banyak kah? :D

                                              LEE JANG WOO
                                













Kamsahamnida baca entri ini!^o^

#Day 7 - 10 important people

Assalamualaikum ~

Kesian blog aku ,tak berteman selama 4 hari .

Meneruskan blog challenge dengan perasaan sedikit stres menghadapi hari keluarnya result PMR . :} 


10 important people .

  1. Abah
  2. Ummi
  3. Abang Umar (time ni,ummi aku tetiba datang ke bilik aku tanya result PMR ada suda ka.Aigoo)
  4. Adik beradik aku 
  5. Intan
  6. Atul 
  7. Nanang
  8. Mr bintang
  9. Nenek
  10. Datuk

 Itulah orang-orang yang penting dalam hidup aku. Okay , aku nak buat satu lagi entry merapu.


Kamsahamnida baca entri ini!^o^

#1 Wordless Wenesday



Besok ,result PMR keluar . Uyu.. Stres juga . Bila aku dah dapat result besok,aku akan buat entri kat blog ni. Tak kira la buruk ka bagus. Just accept what is given .

Kamsahamnida baca entri ini!^o^

#Day 6 - 10 things you can live without


Hi :)


Apa khabar ?? 

Heheheheheheheheheh.


Hari yang ke 6.

4 days more to complete it !
10 things you can live without .

#1 - Handphone ?

#2 - Books . Skema? Di fikiranmu sahaja itu.

#3 - Food . Matila aku kalau takda benda ni.

#4 - Drinks .:D

#5 - Shelter . Adakah saya merapu ? Tidak bukan ? :)

#6 - Family of course .

#7- Friends especially the 3 girls .

#8 - Cat . Stres akan melanda kalau tiada kucing di sisi.

#9 - Money maybe ? ;D

#10 - Last , you ! NO JOKE. Hoho. Just kidding ;)



-DONE FOR DAY 6-



Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Review drama - 49 Days

                                                                 Annyeong !
                                      


49 Days ? Apa benda tu ? 






49 Days is a korean drama that can makes your air badan habes ! (broken BI)


Hoho . Bagi peminat K-Drama kat sana tu,mesti korang dah pernah tengok drama ni kan ? 


                                                   source : Sarjan Google

    Aku tengok drama ni tahun ni. Kawan aku , si Dila yang sudah jadi 'hantu Korea' recommend drama ni time bulan Julai tu . Bila dia cerita kat aku  , aku pun dengar ja lah walaupun sebenarnya aku tidak faham apa yang dia cakap sebab aku just cakap "Oh ya ?" , "Pastu?" and "Ohh.." .Main cakap ja,tidak fokus dengan apa yang dia cerita. watever. Aku takda mood mau tengok K-Drama time tu memikirkan PMR yang hampir dekat mau mampus.


  Then,tetiba hati aku terasa macam mau tengok 49 Days tu selepas bestfriend aku, si Nanang cakap cerita tu(49 Days) sedih gilakk . Aku pun dengan semangatnya memberi pendrive kat si Dila minta 49 Days . Hoho .Akhirnya,terlupa sudah si PMR. :DD


Satu malam aku tak tidur tengok drama ni.Time bulan Ogos,bulan Ramadhan lagi tu(tak ingat dunia). And seriously,drama ni memang .. sumpah!! Sangat menyedihkan ;( hua3..






   49 Days ni mengisahkan hidup seorang gadis iaitu Shin Ji-Hyun(Nam Gyu Ri)yang sememangnya cukup sempurna.Comel , cantik , kaya,ada 2 orang kawan yang baik iaitu Shin In Jung dan Park Seo Woo, ibu bapa yang sangat menyayangi dia dan ada tunang handsome yang bakal dikahwininya beberapa hari ja . Sementara itu , ada seorang gadis bernama Song Yi Kyung(Lee Yo Won)yang hidupnya ibarat layang-layang putus tali gitu sebab boyfriend dia sudah meninggal.Dia ni murung ja, kerja shif time malam and tidur time tengah hari.


   Satu hari , Yi Kyung pun merancang mau bunuh diri kat satu jalan raya( aku pelik kenapa dia bawa bunga ros layu.Rupanya,bunga daripada boyfriend dia).
Jalan punya jalan , Yi Kyung hampir terbunuh dilanggar lori (tak silap) tapi ada orang selamatkan dia. Banyak kereta terbabas gara-gara tu termasuklah Shin Ji Hyun yang gagal mengawal keretanya dan .... kemalangan kat sana.Dia pun keluar dari kereta dan ternampak badan dia berdarah . Dia cuma tinggal roh. Orang ramai tak boleh tengok dia tapi dia perasan ada seorang lelaki yang boleh nampak dia.


   Lelaki tu ialah Scheduler(Jung Il Woo) yang berperanan membawa roh manusia yang telah mati ke destinasi terakhir,elavator.Angel of Death la macam tu.Apapun , dia cool dan lucu !! :DD Dia bagi peluang kedua kat Shin Ji Hyun untuk bangun dari koma iaitu Ji Hyun kena cari 3 airmata ikhlas selama 49 hari.Ji Hyun dibenarkan meminjam badan seorang perempuan iaitu Song Yi Kyung, penyebab utama kemalangannya!!


                                        the scheduler and Shin Ji Hyun




 Sepanjang 49 hari mencari air mata tanpa dibenarkan mendedahkan  identiti,dia mendapati bahawa rupanya Kang Min Ho (Bae Soo Bin),tunangnya dan kawan baiknya ,Shin In Jung(Seo Ji Hye) ada hubungan sulit selama ini.Bukan saja  bercinta malah mereka merancang untuk mengambil alih syarikat ayah Ji Hyun.Sejak itu,Ji Hyun rasa bahawa sangat susah untuk dia mencari 3 airmata itu.Dengan bantuan Han Kang (Jo Hyun Jae),kawan lamanya yang juga meminati Ji Hyun secara diam-diam membantu Ji Hyun menyelamatkan syarikat ayahnya. 


Selain itu, ada sesuatu antara Song Yi Kyung dan Scheduler. :) (babak-babak antara mereka berdua inilah yang menyentuh hati aku !!)


Tak terdaya aku cerita semuanya .Banyak tersirat dan tersurat !Btw, Storyline 49 Days ni syiokkk ! Daebak !
                                                              Kantoi 


Ending cerita ni sad tapi aku puas hati.Aku menangis ja tengok cerita ni.


Aku suka watak Song Yi Kyung kat sana !  


 Babak dimana Kang Min Ho beralih cinta daripada Shin In Jung kepada Song Yi Kyung yang sebenarnya Shin Ji Hyun,tunangnya sendiri juga mencuit hati.












 Aku bukan cengeng ,sensitif gila  tapi bila tengok drama ni,huh! Sangat susah untuk tidak mengalirkan air mata . 




           Song Yi Kyung dan Song Yi Soo,boyfriendnya yang meninggal 5 tahun lepas yang juga Scheduler.


  Song Yi Soo (jung Il Woo) melengkapkan 5 tahun sebagai Scheduler untuk bertemu Song Yi Kyung,his love. 


                             Rupanya mereka adik beradik yang terpisah ketika kecil.




Overall rating : 4/5 bintang


Kalau korang belum tengok lagi,korang boleh tengok online kat dramacrazy or mana-mana website yang boleh tengok online.Bagi yang mempunyai internet berkelajuan cahaya laa .. :) Atau tengok kat ONE HD (astro Beyond) ,chanel 393 setiap Ahad pukul 3.25 pm - 4.45 (dua episod ulangan) . Ulang tengok cerita ni . :)








Okayla , chow dulu. Annyeong !! ^o^




Walaupun tak logik,cerita ni best.Apapun kitaorang mau different kan?:) 




Kamsahamnida baca entri ini!^o^

#Day 5 - 10 wishes

                                                                  Assalamualaikum ~


Hari ini , blog challenge diteruskan lagi . :D 

10 wishes ? Aku ada banyak permintaan ni tapi belum tertunai . Hoho.


#1 - Dapat 9A dalam PMR 2011. Nervous juga rasanya menunggu result keluar.

#2 - Dapat jadi perempuan yang baik mengikut acuan agama.(It's hard)

#3 - Berharap agar dapat hentikan KPOP FEVER dalam diri. (It's hard)

#4 - Berharap agar ibu bapa aku dipanjangkan umur,sihat dan bahagia.

#5 - Jumpa B2ST (hoho ! kpop lagi ..)

#6 - Jumpa Song Hye Kyo .

#7 - Berharap agar persahabatan aku dengan 3 girls aku tu berkekalan.

#8 - Berangan mau buka KLINIK . Hoho ^o^

#9 - Ingin bawa ummi abah pergi Tanah Suci Mekah . Aku kena bawa mereka 
       sebelum abang aku bawa mereka dulu !

#10 - And last ! Yeah , every girl dreams this . Dapat jodoh yang baik .Haha.
         hey , sapa taknak kan ? 

K , done for today's blog challenge .



Kamsahamnida baca entri ini!^o^

#Day 4 - 10 things you wanna say to a person

Huargh ! Mengantuknya ! Mau tidur tapi blog berhapdet lagi .








Hey korang ! Tengah buat apa?(soalan bodoh,aku tengah baca entri engko la ni!)


Hari yang ke-4 pasal 10 perkara yang aku nak cakap kepada seseorang.


Tapi seseorang tu sapa ar??


Hmm . okayla , aku pilih ummi aku.


To my ummi :




#1 - I Love you too much!!


#2 - Moga ummi tergolong dalam golongan orang-orang beriman


#3 - Minta maaf sebab banyak buat salah.


#4 - Doakan saya dapat 9A PMR


#5 - Terima kasih sebab sudi membesarkan anakmu yang jahat ini dengan 
       kasih sayang.


#6 - Minta maaf sebab selalu buat ummi tegur saya time kacau adik-adik.hehe


#7 - Semoga ummi sentiasa bahagia


#8 -  dan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada penyakit ummi.


#9 - You're the most beautiful woman in the world.


#10 - Once again , I LOVE YOU UMMI ! !




hehe . Harap-harap ummi baca blog aku ni.




Kamsahamnida baca entri ini!^o^

#Day 3 - 10 things you hate


Assalamualaikum semuanya...(buat-buat ayu.:P)


   Blog aku berhapdet jugak akhirnya! Hoho..Mood aku berblogging kurang sejak akhir-akhir ni. Who cares .




  Hmm . Perkara yang aku benci? Sebenarnya aku tak banyak main benci-benci ni. Tapi of course la setiap manusia ada perasaan benci kan? 


#1 - Aku benci bila orang baca diari aku. 


#2 - Aku benci lipas. euww.


#3 - Aku benci bila harta benda aku disentuh dan dipindahkan tanpa kebenaran 
       aku.


#4 - Ini selalunya berlaku kat asrama. Tiada AIR!! terutamanya time nak pergi 
       sekolah pagi-pagi.Terpaksa turun pergi tingkat bawah dan angkat baldi 
       yang berat dengan keadaan muka masih ada taik mata dan tahun ini aku 
       tinggal kat tingkat paling atas. Argh,benci! *tarik rambut,tekanan sambil
       teriak*


#5 - Aku benci dengar orang bising-bising time aku tengah belajar.Kompom 
       aku tutup buku dengan kuat sampai dengar bunyi and jalan dengan
       hidung kempang kempis tahan marah.Tunjuk protes la bah tu. :DD
       Buruk perangai.


#6 - Perangai mengada-ngada? huh! siapa yang tidak benci?


#7 - Anti copycats!


#8 - Aku benci hari Rabu (ada perhimpunan yang aku sangat tidak suka.)


#9 - Aku benci tengok orang lawan cakap cikgu. Seriously,I'm loathing.


#10 - Aku benci orang berlagak. So?




Yess. Akhirnya siap juga perkara benci-benci ni. Time buat entri ni,tetiba aku terkena tempias benci tu dan terbayang perkara tu berlaku kat aku . Eh,marah-marah seja la.


Korang nak tahu, aku tengah spy seseorang ni.Hoho (ketawa macam si santa claus)


Ishk! Line ni buat aku geram ja! Tetiba pula serabut (0.00 KB/s) =_=




Btw, aku sangat lucu tengok gambar ni.



 LOL ;DD


Ni lagi , I pity this guy :D Haha!




okayyla , offline dulu. Wasalam :)


Kamsahamnida baca entri ini!^o^

#Day 2 - 10 things you love

                                          Aku si peminat setia Harry Potter and the gang!*tetiba


Assalamualaikum pembaca!


Ya,aku meneruskan lagi blog challenge yang baru ja aku sertai beberapa hari yang lalu. Hari kedua dah ni.Pasal 10 perkara yang aku suka :)




........




#1 - Aku suka kucing. meow! 


#2 - Aku suka tidur kat atas sofa kalau bangun tengah malam.Besok pagi,sakit 
       tengkuk...:D 


#3 - Aku suka semua benda yang berwarna putih.Tak kira apa bendalah,yang 
       penting putih.Selipar,buku,cermin mata,pen,beg,laptop,baju and
       wutever!! 


#4 - Aku suka baca novel .Ni lah kerja aku kat asrama,menunggu turn baca 
       novel.Kat asrama jugalah aku kenal benda ni.


#5 - Aku suka gigit pen/pensel/pemadam.Satu-satunya habit yang masih kekal 
      since tadika.Kawan-kawan pun selalu marah aku sebab gigit pensel.Macam 
      budak-budak dan aku dicop sebagai childish! Tidak matang. Nak buat 
      camna juga.Cap mohor gigi pun ada kat setiap pen/pensel.Kah3! *ketawa 
      bangga 


#6 - Aku suka 'spy' orang. Taknak ulas panjang pasal benda ni! Hahaha 


#7 - Aku suka KPOP , K-Drama , K-Movie dan seangkatan dengannya..  


#8 - Aku suka B2ST(band first aku kenal),Rain,Song Hye Kyo,Eun Hye,Lee Jang     
       Woo,Suzy Miss A, Minzy 2NE1 and more ! Neomu neomu saranghae!! 
       ♥ my Bias!


#9 - Aku sangat suka ketawa dan senyum! Aku tak tahu kenapa. Benda yang 
       tak lucu bagi orang lain pun aku ketawa. :DD 


#10 - Saya suka English dan Science! 




Tu ja! Pai,pai! ^o^

Kamsahamnida baca entri ini!^o^

#Day 1 - 10 things about you

Hey korang !


Apa khabar? Dah dua hari aku tak hapdet blog sebab line SERABUT . whatsoever.


Enrti *entri kali ini pasal 10 benda tentang aku. Walaupun malas dah datang,aku nak buat jugak blog challenge tu. :)




# 1 - Nama aku Nur Nadiah binti Jiman


# 2 - Lahir time 19 April 1996


# 3 - Tinggal kat Kota Belud , Sabah 


# 4 - Ada 6 adik beradik ( aku sayang dorang semua terutamanya abang aku!)


# 5 - Aku belajar kat SMKA Tun Said.Best shcool ever !


# 6 - Ada 3 sahabat. Saidatul Naziah(the most serious and mature) ,                
        Norasyikin Terah(our pemberi tazkirah,Hehe) and Nooramin Yaakin            
        (the most  open-minded and cheerful)


# 7 - Berangan nak jadi doktor dan penulis novel


# 8 - Ada 2 kucing peliharaan.Seekor kucing Siam yang diberi nama Putih
        (nama bukan rasmi) dan seekor kucing parsi diberi nama Bintang (nama 
        ni ummi aku bagi sebab dia suka Bintang dalam sinetron Kejora dan        
        Bintang)


# 9 - Aku ada blog.


# 10 - Aku tengah menghadap laptop berjenama Acer tengah buat entri ini.




Annyeong!
        

Kamsahamnida baca entri ini!^o^

10 Days Blog Challenge

Assalamualaikum !




Entri kali ni pendek ja dan berkaitan  dengan 10 hari cabaran blog.Tak pernah ikut sebarang cabaran blog before this so saya try ikut.Bila tengok bloggerII lain buat blog challenge,rasa macam best pula.Haha ! Jadi,tangan pun mulalah meminta tolong kat Encik Google mencari blog challenge.. :D


   Cabarannya:


#Day 1 - 10 things about you


#Day 2 - 10 things you love


#Day 3 - 10 things you hate


#Day 4 - 10 things you wanna say to a person


#Day 5 - 10 Wishes


#Day 6 - 10 things you can't live without


#Day 7 - 10 important people


#Day 8 - 10 of your favourite songs


#Day 9 - 10 ways to win your heart 


#Day 10 - 10 final words




Bila aku mau mula ni ya ?? 


Okayy , I'll start tomorrow. Lagipun LINE BURUK =_=! Pai pai !

Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Drama Full House

Salam,annyeonghaseyo,hello,hi!




  Sapa pernah tengok Full House ? Pernah? Best kan? Sangat-sangat! Aku dah pernah tengok time 2006 tak silap dan buat kali keduanya aku tengok tahun ni.Rindu dengan drama ni! 




   Cerita ni dilakonkan oleh Song Hye Kyo(Han Ji Eun) dan Rain Bi(Lee Young Jae).Han Ji Eun ni seorang penulis yang hanya mempunyai sebuah rumah iaitu Full House. .Tapi rumah tu dijual oleh kawan baik dia.So dia pun pinjam duit dari Lee Young Jae untuk balik ke Korea.Time dia balik,Ji Eun dapat tahu rumah dia dah dibeli oleh Young Jae.Nak dapat rumah tu balik,dia pun sain sebuah perkahwinan kontrak dengan Young Jae.





 Sepanjang perkahwinan dorang tu,banyak perkara yang berlaku.Walaupun sering bergaduh,dorang ni mula sedar bahawa mereka ni mulai saling mencintai..Haha! suka3! Tapi dorang masing-masing ego,tak nak mengaku perasaan cinta tu.Kemunculan watak si Hye Won(Han Eun Jung) dan si Min Hyuk(Kim Sung Soo) ni menimbulkan lagi perasaan cemburu dalam rumah tangga dorang.Ish! Punyalah geram dengan dua orang ni.Mengganggu! tapi saya suka bila Min Hyuk tu pikat Ji Eun.Cool gila! Suka tengok Lee Young Jae jeles kat Min Hyuk ! Ego gila ni!Kalau suka tu,cakaplah..


 Aku tengah syok sendiri .. Kah,kah,kah!




Nilah potret yang digantung kat ruang tamu Full House



  Drama ni romantik gila! Tak tipu.Time tengok dulu,aku takda feeling langsung..Biasalah,masih budak hingusan..Manalah tahu pasal cintan cintun ni.Aku ikut ja makcik aku tengok. Haha..


  Paling melucukan waktu si Ji Eun nyanyi The Three Bears kat depan nenek dan mak Young Jae.Comel dan sangatt lucu..






Bagi yang belum pernah tengok,korang boleh tengok kat dramacrazy , YouTube   atau koreanmovie . Paling senang korang boleh tengok kat NTV7, setiap hari Isnin - Jumaat , pukul 12.00 pm - 1.00 pm .. sekarang ni dah episod 22.
  


Wokey,aku dah terlepas The Partner ni. Huh!  


Sekarang ni, Rain kat Military kan? ;'( die hard fan , cehh !




Paii paii,annyeong!   \^o^/










Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Hari-hari yang lalu *winks*


Salam buat pembaca yang maybe dah bosan tengok blog ni,


  Hey,punyalah lama saya tak buat entri kan?Sebenarnya,saya sibuk sikit time cuti-cuti Malaysia ni dan seriously,I don't have time to update this blog.Sekarang ni,saya sedang menunggu result PMR keluar.Omaigadd,saya betul-betul nervous!Semalam saya mimpi saya amik result kat sekolah.Dapat 8A 1C.Argh,nda maulah! Saya mahu 9A!Apapun,saya kena tawakkal.Nervous,nervous!


  Oh ya!Korang yang tengah baca entri ni apa khabar?Baik?

 Hari ni,abang sepupu saya kahwin.So,terpaksa pergi jugak..cehh,terpaksa konon.Penat weii,kejar sana kejar sini,angkat sana angkat sini.<--aku tipu ja tu.Aku duduk ja kat sana sebenarnya.Haha..Suka tengok isteri dia,sangattt cantik!Ala,kak Shima,kerani kat sekolah saya..Dulu waktu dia still bujang,saya sentiasa tertanya-tanya."bilala kak Shima ni mau kahwin?Cantik gila.Beruntung betul siapa dapat dia.." Rupa-rupanya,si abang sepupu yang dapat.Tadi,kat rumah abang sepupu,aku ternampak abang kepada abang sepupu..ayat berbelit ka?haha..Saya panggil dia Abang Dila.Lama gila tak nampak dia! And wow,dia bawa makwe dia.Comel ja tengok.Time saya kecik-kecik dulu,saya rapat gila dengan dia.Main angkat-angkat lagi.Kitaorang kat Sabah panggil Main bobo' bobo'. 

   Tapi,kita tak rapat lagi dah.Tak biasa.Tadi dia hampir tak kenal saya.Bila dah cam,tetiba dia peluk and cium kepala saya..Omaigadd..AWKWARD gila.okayy,tutup cerita pasal kahwinII.


  


  Ni lagi satu kess baru-baru ni!Haish! Laptop aku tetiba pula rosak.Rasa cam nak nangess pun ada.Operating systemnya ROSAK -_- Hard disk pun kena virus.Saya menunggu kedatangan abang saya yang lebih pro dalam hal ni.Tak tau nak buad camna.Kalau sampai mama saya tahu,SIAPLAH.Ni semua saya punya pasallah,dah gila sangatt mendownload video dan lagu.Tulah kena virus!Lagipun dah lama tak update anti virus.Nak update tapi asyik asyik penyakit malas datang.Tak sabar menunggu 16.12.2011 ni, abang Umar balik rumah! Cepat-cepat lah.


  Tapi tarikh tu cam dekat-dekat ja dengan tarikh result PMR kuarr kan? Argh !! Stresnya!




 Okayy,sampai sini sahaja coretan saya <--ayat karangan time kertas BM hari tu.   
  


 Nak sambung walking kat blog Khayrin Jamila. Bestfriend saya time sekolah rendah.Rindu dengan dia. Tak sangka dia masih ingat kat saya sebab hubungan kitaorang terputus time 2006.Saya berpindah ke sekolah lain.Rindula saat kami jalan sama-sama,makan sama-sama,ketawa sama-sama and semua bendalah.Ingat lagi waktu saya dan sorang lagi kawan baik juga,nama dia Adzirah , kitaorang gaduh rebut kawan si Khayrin ni sebab dia ni baik gila walaupun pendiam.


 "Khayrin,jangan kawan Nadia tu.Kawan dengan Adzirah ja ar.. "*jelir lidah kat aku*

 "Ih! Kerin,jangan kawan Adzirah.Dia tu jahatt.." *jeling Adzirah*
  
 Hish,hish..zaman budakII la katakan, tak MATANG langsung. Haha.




Korang masih ingat bestfriend korang time zaman hingusan x? :DD






Paii paii ^^

Kamsahamnida baca entri ini!^o^