Pages

Glory Jane

Annyeonghaseyo ~



Hahaha..aku baru ja tengok Running Man tadi.Lupa episod berapa.Episod time SNSD jadi tetamu RM.Suka tengok time Gary buntu pilih Hyoyeon or Jessica,dia teriak "Ji Hyo,kenapa kau tidak ada di sini?" .Sweet gila Monday Couple ni.Kan bagus kalau dorang macam tu kat real life.


Ini entri pertama 2012 aku .Baru mau hapdet.Sebelum ni,mood berblogging hilang.Kesian kat blog aku,berbusut dah.


    Aku nak cakap pasal Glory Jane! Seronok tengok drama ni sebab ada Park Min Young. Yeah,I love her very much! comey .Aku hepi sebab aku dah habis tengok drama ni sebelum masuk hostel.Lega~~~ :DD

   Time kecil,Yeonggwang jumpa Jane kat parti hari jadi dia.Ayah Yeonggwang ,Kim In Bae ni chauffer ayah Yun Jane.Yeonggwang juga terserempak dengan Seo In Woo,anak kepada naib presiden Geodae entah apa tu,syarikat ayah Yun Jane.Ketika dalam perjalanan ke parti tu,ayah Yun Jane,Yun Ilguu eksiden.Ibu Jane terima call tentang eksiden tu and terus pergi hospital bersama Jane.Unfortunately, kereta diaorang eksiden time hujan lebat. Penyelamat jumpa ibu Jane dalam keadaan tidak sedarkan diri tapi Jane tidak dijumpai dan dia kehilangan memori dia sendiri.

  Seo Jaemyong,naib presiden Geodae tak-ingat suruh Kim In Bae bawa Jane pergi ke tempat yang seorang pun tidak mengenalinya.Seo Jaemyong berjanji akan membuka sebuah restoran dan menjaga anak-anaknya.Yun Jane tidak dapat mengingati apa-apa tetapi dia menjumpai bola baseball yang ada perkataan "Yeonggwang's First Home Run".Kim Inbae memberitahu dia bahawa namanya Yun Jane dan jangan sesekali melupakan namanya.

  Nak dijadikan cerita,Seo inwu dan Kim Yeonggwang mengalami kecederaan.Time tulah,mereka berjumpa dengan Yun Jane yang ketika itu merupakan jururawat pelatih.

  Kesian kat Seo Inwoo sebab Yun Jane tak suka kat dia tapi Kim Yeonggwang.
Aku seronok tengok time si Jane berazam mau rampas balik syarikat ayah dia daripada Seo Jaemyong.

Apapun ending dia memuaskan hati.Banyak konflik dalam drama ni.Aku tak berapa pandai nak ulas tapi drama ni memang besh!! (tersembur air liur)

Overall rating - 17/20 stars





Kamsahamnida baca entri ini!^o^