Pages

Secebis Warkah daripada saya

Betapa aku kagum dengan peribadimu,perwatakanmu,
perkataanmu,sikapmu,imanmu.  
cukup untuk membuat setiap hawa terpesona.
Engkau telah berjaya mencuri hati ini 
yang tidak pernah ku berikan kepada
insan bergelar adam selain rasulullah,ayah dan abang.
Sebenarnya,
aku tidak ingin perasaan  sebegini muncul
aku tahu
cinta Allah tidak mengecewakan
Adam,
baru-baru ini,
aku terdengar khabar angin bahawa
engkau telah jatuh hati dengan sekuntum bunga
sekuntum wardah yang jauh lebih solehah
dan pertama kalinya air mataku jatuh 
kerana seorang rijal,syabab agama yang aku kagumi
mungkin Allah berikan aku petunjuk
agar melupakan engkau
mungkin aku perlu kembalikan cinta ini 
kepada Pemilik cinta
Oleh itu,
selamat tinggal wahai tetamu cintaku!
Cinta ini hanya akan kuberikan untuk Dia.









                                                 




Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Menghitung hari

Aku sekarang ne menghitung hari.Tinggal 6 bulan sja lagi aku akan menghadapi PMR.Sudah tentu aku ingin mendapat yang terbaik,9A tetapi hati ini kurang yakin dan percaya terhadap diri.Apatah lagi dalam subjek Geografi dan Sejarah.Aku hanya ingin melihat senyuman ummi dan abah ketika result kuar.Bukan wajah yang terhapusnya senyuman dan pandangan mata yang mengecewakan.Aku tidak ingin mengecawakan ummi dan abah buat kedua kalinya.Aku masih ingat ketika result UPSR keluar tym 2008.Aku tidak dapat mencapai target aku,5A and just got 3A 2B.Perasaan sedih ketika itu,hanya Allah yang tahu.Aku tidak dapat menggembirakan kedua ibu bapa aku seperti yang berjaya dilakukan oleh abang dengan mendapat 8A dalam PMR.Dan tahun ini,giliran aku untuk mengalahkan result abang itu!



Kamsahamnida baca entri ini!^o^