Assalamualaikum!!
Tengah dengar lagu baru Lee Hi, Breathe. I love that song, emotional. Cantik sangat kan kulit dia dalam MV tu huhu dia pakai skincare apa tu...... okay berbalik kepada topik. Meh aku ceritakan minggu memenatkan ni. Entri ni pendek je sebab korang perlu explore sendiri macammana MMM ni sebenarnya. Tak best lah kalau cerita banyak haha. So aku cerita secara kasar jalah k
MMM ni berjalan selama seminggu. Tak mandi? Tak cukup tidur? Ya benda yang sangat sinonim dengan minggu orientasi. Apapun, minggu orientasi di universiti taklah seteruk mana pun kalau nak dibandingkan dengan orientasi time matriks dulu. Bagi aku lah.
Yang paling aku suka dalam minggu MMM ni bila masuk DECTAR (dewan cancelor Tun Abdul Razak). Lagu Varsiti Kita tu memang best sangat bila nyanyi ramai-ramai. Rasa bersemangat. Dalam DECTAR pun sejuk walaupun banyak orang.
Makan free selama seminggu jangan risau. Layan diri tapi ingat-ingat orang belakang lah. Mealtime korang akan terjaga termasuk minum petang semua tu. Setiap kumpulan akan ada meja sendiri. Selagi tak lengkap ahli kumpulan, selagi tu tak boleh start makan. Tak makan, kenyang pun takpa. Yang penting ada kat meja. See how terjaganya student time tu haha. Pemakaian pula, selama seminggu kena pakai:
1. baju kolej
2. baju universiti
3. baju kurung warna biru, kemeja putih untuk lelaki (2 pun cukuplah)
4. tudung putih untuk muslim (instant tak dibenarkan, disarankan bawa 3)
5. Kasut hitam
6. Kasut sukan
Bayangkan seminggu, baju ni sahaja yang dibenarkan okay! Amat penting untuk bawa Febreeze untuk mengekalkan 'kesegaran' baju. Kalau nak basuh, basuh guna mesin. Itupun time malam jalah ada masa. Kalau basuh guna tangan, pastikan perah sekuat hati haha.
Lagi satu nak bagitahu, time MMM ni, jagalah solat ya. Penat macammana pun, solat. Tak payah nak qadha solat sangat k, qada solat hanya dibenarkan kalau terlupa atau tertidur. Time MMM juga, ikhtilat kita sukar untuk dijaga terutamanya time aktiviti berkumpulan. Terlampau mesra antara ahli kumpulan sampai bertepuk tampar, ketawa mengilai sana sini. Nanti time perang DECTAR lagilah.
Sepanjang orientasi, students banyak berlatih cheers. Selagi tak kuat, selagi tu kena seksa oleh PC! Aku pernah sampai nak jatuh sebab terlalu lama berdiri. Sabar sajalah!
Kalau nak tahu, orientasi ni akan dibahagikan mengikut kolej. Kolej aku ni kolej kecil. So bilangan pelajar tahun 1 pun dalam 200 sahaja. Tidak seperti kolej Keris Mas atau Zaaba. Dorang kolej besar so banyak students.Kenapa kena berlatih cheers banyak-banyak? Salahkan perang DECTAR. Untuk perang DECTAR, amatlah penting untuk mengeluarkan semua suara yang tersembunyi itu haha. Dahlah bilangan kami sikit so memang suara sangatlah kena like wowwww..
Well, apa tu Perang DECTAR? Nilah perang cheers! Siapa cheers power and paling lama kekal kat DECTAR kolej tulah menang. Time ni lah suara akan hilang. Haaaaa ukm ni special sikit. Ada tradisi. Malam last tu malam paling dinanti-nantikan oleh para PC. Siapa menang perang DECTAR, kolej tu kononnya powerlah. Aku tak suka sangat perang ni. Entahlah, takda faedah tapi tradisi lah kononnya. Dia best sebab dia bagi kau semangat unity lah macam tu haa. Kolej aku menang perang ni tapi tekalah kami pulang kolej jam berapa? JAM 4 PAGI OKAY!! Solat isyak weh!! Memang bengang lah juga time tu. Time perang DECTAR ni kau kena pandai menyelinap keluar untuk solat untuk yang tak berani atau minta ja kebenaran kat PC untuk solat. Yang tak solat pun ada time ni. Jangan macam tu eh. Nak tengok Perang DECTAR, search ja dekat youtube. Memang hectic gila gila lah malam tu.
Tu jelah aku nak cerita pasal Minggu Mesra Mahasiswa ni. Kalau ada apa-apa nak tanya, simply leave a comment down below okay. Bye!