Pages

1st Segment by NZ: I Tanya U Jawab :D




Assalamualaikum. Aku walking kat blog adik aku tadi and nampak dia join segmen ni.So,aku pun nak join laa juga. hehe



The questions:
  1. Your nickname: Nadia, Nad, Diah, Naedy, and doraemon(yg terbaru.haha)
  2. Do you wish you had another name? If yes, what is it? Kim . Feel Korea sikit                             huahuahua.
  3. Your girl best friend:(best friends patutnya) 4 Puan Cantik. Atul,Intan,Nanang and Dewi. 
  4. Your guy best friend: Si Bedebah Yang Pelik. hehe
  5. Your favourite food: Apa-apa sahaja yang penting ada cheese.(sebab tu aku bulat)
  6. Your favourite drink:Air mineral yang sejuk.
  7. The one thing you always bring everywhere you go: My nerd cermin mata.Tunggu mau pakai lens lagi ni.
  8. Your current favourite song: hummm. I don't Need A Man - Miss A. been listened to it 1000+ times.
  9. Your favourite singer: Kwon Ji Young @ G-Dragon :) 
  10. Your birthday: 19 April 1996
  11. The last person you texted or texted you: Atul,my bestfriend.
  12. What does the text say? ok wasalam. (apa-apa saja :D)
  13. Someone you wish to see right now: GD. hihi.
  14. Someone you want to apologize to: Rasulullah,my parents and budak lelaki yang   aku buli time tahun 1. teruk gila aku buli dia tauuu
  15. Someone you miss: Abang aku yang tengah study kat Perlis.
  16. What time did you wake up this morning? 5.07 am............. tutuut,then tidur balik sampai jam xx.xx (buruk perangai haha)
  17. How great your life is in 2012 so far? well, it's great kecuali time perkhemahan 4 hari 3 malam. Aku tidak dapat mgambarkan kesengsaraan sampai aku boleh menangis. 
  18. Do you have a pet? If yes what is it and what is the weirdest thing it has ever done? yeah,it's a cat. Kucing aku makan coklat.pelikss
  19. Where would you have your honeymoon? Kat Jeju Island. :)
  20. Do you regret anything from your past? Yes of course.
  21. If you could have one superpower, what would it be? Kembali ke masa lalu.
  22. What is your status? (Single/Taken/Married/Divorced?What?): Single but not available.
  23. Are you in love? If yes, have you told the person how you feel? Yes,I love him since I was in Form 1. Eh,malulah kalau aku bagitau. Biarlah pendam saja. :P
  24. The thing you hate the most: Menyampuk time aku cakap. 
  25. The type of people you hate the most: Hipokrit,tidak ikhlas and minta puji.
  26. The last gift a person gave you: A teddy bear and a photo frame.
  27. What is your favourite color? purple and baby blue.
  28. Would you take your ex back? Takda ex.Kalau aku ada ex pun,tak hingin aku pungut dia balik. Kalau benda dah lalu,maka berlalulah ia. pfft
  29. Something you can't live without: Oxygen. keke
  30. Do you like this segment? suka kali.
 

Kamsahamnida baca entri ini!^o^

First Giveaway Who Is My Bestfriend by Najihah & Sarah

Assalamualaikum :) 

Sebenarnya aku memang mau tulis satu entri pasal bestfriend aku sejak duluuuuu lagi tapi balik-balik tertangguh. Then Sarah post link GA ni kat Shoutbox aku. So,aku joinlah.hohihi. Join di sini.

Ini adalah entri GA + entri pasal my bestfriend. :)

Sahabat adalah benda yang sangat penting bagi aku selepas keluarga. 

Walaupun antara kami terdapat jurang yang besar,kami tetap SAHABAT.
Aku minat K-pop,kau tidak.

Aku gila-gila,kau sangat serius. 

Aku kuat menangis,kau sangat ego.

Aku suka tidur,kau selalu stay up.

Aku selalu mengumpat,kau selalu menasihati aku.

Kau minat Taylor Swift tapi aku tidak suka TS pun.(????)
 
Aku selalu makan banyak, kau makan sikit ja. (hehe)

Aku ketawa macam mau bergegar dunia ni tapi kau..... ketawa sikit jak.Haha

Kita memang sangat berbeza.

Tapi!!

Jurang tu tidak memisahkan kita.

Ada satu yang buat persahabatan kita kekal.

Ukhwah. 

Ia terjalin di atas jalanNya. 

^^

Kepada sahabat aku 

yang sentiasa mendengar cerita aku pasal kucing,crush,kpop yang kau tidak minat langsung,lelaki yang sangat pandai Addmath dlm kelas,jerawat,pencuci muka,make up yang membosankan kau blablabla. 

yang duduk di debelah aku di sekolah. hehe

Saranghae chinguga :) ngee 

Aku sayang kau !

(gambar yang dia selalu larang aku upload.haha.sorry Saidatul Naziah)

Tag:

LaDolce Sari
Cekk Fatyyn
Natasya Pink
Sukasuki


Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Segmen Macammana Aku Boleh Minat Kpop


Annyeong!

Hari tu,aku tengah blogvisiting kat satu blog Kpopper ni.Aku nampak ja segmen ni,aku terus join kat sini tapi line time tu macam kerbau so aku save kat draft dulu.

Hari ni,baru aku boleh tulis balik entri ni. Line laju dah,akhirnya aku boleh juga donlod drama dengan aman.wahaha

Hmm, aku minat Kpop baru ja.Tahun lalu(aku sekarang form 4). Tapi aku kenal benda ni time aku form 1.Time tu Kpop tak femes sangat kat skul aku.

Time 2010 , kebanyakan pelajar perempuan nyanyi Sorry Sorry lagu Suju. Dalam hati aku time tu,"OMG please stop singing that song. Buat telinga aku hancur tau." Dalam kepala aku cuma Justin Bieber, not the Korean artist.
 
Kawan aku satu dorm pun asyik-asyik dengan gambar Suju dan artis-artis Kpop lain yang aku tidak kenal ketika itu sampai aku naik meluattttt tau tak! Dahlah rupa  jambu siot.



Yang aku kenal time tu pun hanyalah Yoon Eun Hye.Pelakon Princess Hours tu.Aku minat dia pun sebab dia comel gila tym aku selak-selak majalah Epop kawan aku.huhuhuhuhu

Pernah aku cuba tengok satu video Kpop ni sebab nak tau sangat kenapa kawan aku boleh tergila gilakan Kpop. Aku buka Youtube and search "Kpop video" (keyword pun pelik haha tak kenal langsung la katakan)

Akhirnya aku nampak satu tajuk lagu yang menarik perhatian aku. Haru Haru lagu Big Bang. Aku pun macam "waaaaa! sedihnya uwuwuwu" *menangis*

Balik ja pi asrama aku terus borak dengan kawan aku pasal tu. Aku tau Bigbang ja.Aku tak tau nama member dia langsung.kawan pun cerita lebih-lebih.Cerita dia meleret pergi grup Kpop lain.Berair mata aku mengantuk dengar cerita dia. 

Tahun lalu,aku satu dorm dengan beberapa orang senior yang memang kpop kipas susah mati!

Start nilah aku minat Kpop. Dorang suka sangat nyanyi lagu Shock-B2ST siap part rap lagi sampai aku rasa nak cari kat Youtube.Bermulalah episod fangirling aku. haha
  
Lepas tu,aku cerita kat kawan aku yang gila korea juga pasal aku minat B2ST.Then,dia sebut nama syarikat,Yoseob and beberapa nama yang memang aku nda kenal! Dalam hati aku time tu,"Alaaa,dia sebut nama la pula.Sapa pula Yoseob ni?" Aku taknak la tanya dia siapa Yoseob tu.Aku tengok profile dorang pula kat google sampailah aku kenal mana satu Yoseob,mana satu Dongwoon itu itu dan ini.

Aku minat sangat kat B2ST.Dari interview,lagu-lagu terdahulu sampailah variety show aku tengok. They make me go insane! 


Timbul keinginan aku untuk mengenali grup yang lain.Aku pun start tengok MV grup grup yang kawan aku selalu rekomen. hahaha. Walaupun time tu memang tak kenal,they are so adorable. 

Sampai sekarang,aku dah kenal dengan dengan hampir semua grup and artis korea. Hardcore fan sudah ni! Aku dah boleh baca hangul sekarang cuma tak paham apa maksud dia.huahuahua Tak cukup dengan itu,aku download and rembat drama korea kat internet and chingu. So far,aku masih angau dengan drama Queen In Hyun's Man walaupun drama tu dah lama aku tengok. kohkohkoh Ji Hyun Woo and Yoo In Na comel gila . nak nangees aku memikirkannya.

Apa pun,seminat minat aku kat GD, aku lebih minat Running Man. perghhhh
RM memang syiokk gila lah! terutamanya Lee Kwang Soo.Lakonan dia kat Innocent Man,City Hunter and satu drama lagi yang aku tak ingat buat dia nampak comel lagi kat mata aku. Aku nak jumpa RM. Dengar2 dorang nak buat filming kat Malaysia. kekeke




gambar ni time Joongki still jadi ahli RM. Time last filming dia dalam RM,air mata aku memang tak boleh stop mengalir sebab nampak dia nangis.gentle haha

ME NOW:


MY BIAS:All of 'em(kpop idols) haha


K, sampai sini saja. Nak mandi. busyukkkkk. 


Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Operation Proposal.Waaa~

Apa khabar? Hope you all sihat. Hari ni, aku akan pulang pi asrama. hrggghhhh bencinya.

Sebelum aku pulang penjara balik, aku nak buat satu entri.

Pernah tengok Operation Proposal(Operation Love) tak?? hehehe.


Lama dah aku tangguh tengok cerita ni. Kawan aku balik-balik recommend suh tengok drama ni. So,aku decide. Aku akan tengok drama ni lepas aku tengok Queen In Hyun's Man (aku suka drama ni juga!)


Aku amik 2 hari untuk habiskan drama ni. Aku nak bagii rating awal-awal. Aku bagi 4/5 tuk drama ni. Overall,drama ni memang best and buat air dalam badan habis. huahhuahuahahuahua.

Hero drama ni ialah Yoo Seung Hoo and the heroin is Park Eun Bin. Park Eun Bin ni macam Yoona sikit-sikit. Muka milky.



Okay..

Ceritanya macam ni,

Kang Baek Ho(Yoo Seung Hoo)  dan Ham Yi Seul(Park Eun Bin) ni kawan baik sejak   
kecil lagi.Baek Ho cinta sangat kat Yi Seul tapi dia tak pernah luah perasaan dia kat Yi Seul.. huarggg.




Sampailah satu hari ni,Yi Seul dah nak kahwin dengan lelaki lain iaitu Couch/Kwon Jin Won(Lee Hyun Jin) yang juga dihadiri oleh 4 kawan baik Yi Seul iaitu Baek Ho,Chan Wook,Tae Nam and Chae Ri. 


Chan Wook,Tae Nam and Chae Ri.


Of cozlah sedihkan, bila tengok orang yang kita suka kahwin dah jadi milik orang lain. Mana tak sedihnya! T_T

Baek Ho pun buat stedi ja walaupun dalam hati ada luka. Time nak angkat barang Yi Seul, tiba-tiba dia jumpa satu surat. 

Malam tu,dia pergi taman permainan tempat Yi Seul dan Baek Ho selalu bermain time kecik-kecik.

Dear Baek-ho,
It’s already our middle school graduation but it looks like we’ll be in high school together too. Even though I said, “We’re in the same class again?!” when it was announced in class, I felt happy and safe. Why can’t I be tru
e to my heart whenever I see your face? Ever since the first grade, when you gave up your slippers and went barefoot for me, you became a special person in my life.
From then on, to now, to always, you are the most cherished person in my life, Kang Baek-ho. Because you’re so special to me, there came a day where I couldn’t tell you how precious you are to me.

Though I couldn’t tell you because I was scared our friendship might change, I’ll say it now: I, Ham Yi-seul, liked Kang Baek-ho. I really like Kang Baek-ho.



Lepas baca surat tu, barulah dia tahu bahawa sebenarnya Yi Seul pun sukakan dia. Dia sedih sangat and menangis macam kucing hilang anak sampaikan aku pun terikut meraung. cehehehehe.

Waktu tu,muncul seorang lelaki yang mengaku dia ni Time Conductor(Jin Woo). Dia bagi peluang kat Baek Ho supaya kembali ke masa lalu and beritahu Yi Seul perasaan sebenar.

So,sapa taknak kan? Baek Ho kembali ke masa lalu untuk betulkan semula bad moments yang dia pernah lakukan.Dia akan kembali ke masa yang sebenarnya kalau flash camera kena kat dia ( ayat mende)


Setiap kali dia rasa dia dah dapat Yi Seul,benda tu takkan menjadi kat masa yang sebenarnya. Yi Seul tetap tunang Coach. Aku tak suka tengok Coach tu walaupun dia hensem! Aku nak Yi Seul dengan Baek Ho juga.



dying.

Aku sedih sangat episod 14,15 dan 16. Separuh bantal aku basah dek air mata masin. haha. 

Yi Seul mati sebab terlibat dalam eksiden time nak pergi Pusan. Baek Ho nangis sesangat dan buat hati aku hancur. merepeks. Yoo Seung Hoo memang pandai menangis, macam real. I like. 
Banyak Yi Seul buat untuk dia sebelum meninggal dunia. Dia dah buat Baek Ho kenal ayah dia yang dah lama meninggal dunia yang juga merupakan Time Conductor tu. Aku sedih sangat!!! 

Waktu dia cakap dia nak kembali ke masa lalu untuk halang kematian Yi Seul,ayah dia menghalang. Ayah dia cakap peraturan terbesar time traveler is time traveler tak boleh ubah waktu kematian seseorang ataupun time travele tu akan mati atau hilang ingatan. Baek Ho bertegas nak kembali ke masa lalu.


and dia hilang ingatan selepas dia terlibat dalam eksiden.Dia tak kenal Yi Seul pun.

Well,you know, apa korang rasa kalau orang yang korang cinta tetiba cakap "awak siapa??" Patah hatiiii

Dia suruh Yi Seul pergi jauh-jauh sebab dia rasa sakit kepala dan perut setiap kali nampak Yi Seul. Dia rasa sakit hati sangat walaupun dia tak ingat Yi Seul. Waktu Yi Seul kahwin pun dia tak nak hadir. Tetiba ada satu video ditayangkan time perkhawinan tu. o_o


 Rupa dia iras-iras Greyson kan? hoho

Aku taknak cerita pasal apa yang terjadi akhirnya.


Aku tertarik dengan seseorang dalam drama ni.Ini first time aku nampak dia and hes so adorable. (hahahahahaha) Dia ialah..

Song Chan Wook hehe


ni Chan Wook dan Jin Joo. Hahaha. Sukanya. 

kepada yang belum tengok drama ni,aku recommend drama ni boleh? hoho




"Ham Yi Seul,SARANGHANDA!!"



Aku suka lagu dorang time kecil-kecil.

K,dannyeolkkaeyo :)




Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Download K-drama di dramacrazy.net

Aku nak kongsi sesuatu untuk entri kali ini. Before that, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam hee..semua lembu sedih-sedih.haha,mereka dah berkorban untuk hari yang mulia dan bersejarah ini.Kita umat Islam bila lagi?aku bukan maksudkan pasal bunuh diri sendiri tapi korbankan diri fii sabilillah. :)

Okay..




Maybe dah ramai yang tahu cara ni tapi aku nak kongsi juga.

Sebelum ni, aku download drama Korea kat doramax264 and beberapa website yang lain. Semua drama yang aku download kat website tu takda subtitle. So,kenalah pasang subtitles manually kat darksmurfsub. Kesnya belum lagi kalau aku download drama korea yang baru.Terpaksalah tunggu subtitlenya keluar. Isk3x....


Tapi!!

kalau aku dah tak sabar sangat,aku tengok kat dramacrazy sebab dah ada subtitle sedia.Aku selalu minta drama kat kawan aku sebab kakak dia minat sangat Kdrama ni.Kakak dia download dari dramacrazy.Aku pun terfikir macammana caranya.


And finally I got the answer. Muahahahaahahaha


First thing,korang kenalah ada IDM or Internet Download Manager. Aku suka guna IDM sebab kalau download something,smooth ja perjalanan.hmm,aman..

Benda ni korang boleh download full crack kat Google.

Lepas dah download,korang kena setting tu benda supaya dia tak manage download yang lain.However,kalu korang dah suka guna IDM,takyah setting pun takpa. :)

Then,barulah buka dramacrazy. Klik drama yang korang nak download.

Lepas klik,tekan download kat IDM.Aku tengah download Ohlala Couple sekrang.Tunggu dulu iklan tu berlalu.Baru tekan button download.Tengok contoh kat bawah:




Lepas klik,IDM akan download drama tu dan save kat Download. 

Siap!

Ok.Sampai sini sahaja entri ini. Harap lepas ni,korang boleh enjoy tengok K drama dengan lebih aman. ecehehe..

Tataa!





Kamsahamnida baca entri ini!^o^

To The Beautiful You




Sapa dah penah tengok To The Beautiful You? Best kan?



Well,citer dia sama macam cerita He's Beautiful. tapi taklah sama sangat.

Actually,cerita ni adaptasi cerita Hana Kimi tu.Apapun,aku tengah gila drama TTBU ni. Rasa macam nak masuk ja kat drama tu! merepeksss


Minho's selca time last shooting kat Genie High Shcool.Minho is the first cast in To The Beautiful You. Nama dia kat citer tu Kang Tae Joon. Kat dalam Hana Kimi,karakter dia Izumi Sano.Dia ni atlet lompat tinggi yang pegang rekod World Junior Championship. Then,dia terlibat dalam kemalangan and tak boleh lompat tinggi lagi walaupun dah sembuh.Start dari tu,dia sangat serius.Dia ni takda yeoja chingu (gf) sebab tak tertarik langsung laa konon.Dia mula ceria sejak ada Jae hee,roommate dia. 

 sedih aku tengok dia ni.!!


Sulli heroin dalam drama ni.Dialah Goo Jae Hee. Adik aku yang umur 8 tahun minat gila kat dia ni.Comel.Bila nampak Tae Joon lompat tinggi sebab dah bagi dia semangat and courage to stand up again,dia nekad nak ke Korea jumpa Tae Joon.So,dia pun potong rambut and berpakaian macam budak lelaki supaya dapat masuk sekolah budak lelaki,Genie High shcool.Roommate Tae Joon.Aku lucu sesangat time abang dia dari USA tu jumpa dia kat sekolah.. Sikit lagi rahsia dia nak terbongkar tapi Tae Joon sudah dapat tahu yang Sulli ni sebenarnya yeoja(perempuan) cuz terdengar perbualan Sulli and abang dia. Lama-lama,Tae Joon pun jatuh cinta kat dia.uuuu~~


Last is my favourite cast........Lee Hyun Woo!!!



Dia ada pergi Malaysia hari ni tapi aku tak datang sebab jauh sesangat lorh.Nama Hyun Woo kat drama tu Cha Eun Kyul.Dia ni suka buat lawak and comel tapi tak pernah jatuh cinta la konon sampai dia jumpa Jae Hee.Sedih sangat kat dia.Aku nak sangat dia dengan Jae hee.. Aikss. Rasa macam nak jadi watak perempuan kedua.Eh,beranganlah! Hahaha. Aku suka tengok hairstyle dia.lepas Jae Hee puji rambut sorang laki ni,dia terus potong rambut.Melting inside. :) Aku suka part dia nak protect Jae Hee time Budak lelaki sekolah tu tahu ada budak perempuan di kalangan diorang.



Sukanya kat dia!!I love You Hyun Woo!


Setakat tu saja  entri aku sebagai perbersih sarang labah-labah blog ni. Dah lama tak hapdet.Malas ditambah dengan tekanan exam sekarang. Wishh me luck okay ;)

Tataaa!



In love with both of 'em.



#MYIDEALBOYFRIEND haha

OMGGGG








Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Raya kemain..


ASSALAMUALAIKUM!!!! 

hehe,feel raya tu..cehh....First of all,aku ingin mengucapkan Salam Aidilfitri 1433H maaf zahir dan batin buat semuaaa warga Blog..
(siap tahun hijrah lagi tu.amik kau~)

Taqabballahu Minna Wa Minkum!


 and Salam aidilfitri to all muslims around the world. May Allah shower us with tremendous blessings.



Tadi aku pergi 1 Borneo,Kota Kinabalu. Fuiyoo, punyalah banyak orang.macam semut owh! 

Sebaik sahaja menjejaki pusat membeli belah tersebut,maka bermulalah episod "SHOPPING SAKAN" aku. ayat.....

penatnya kaki ini berjalan-jalan di sana mencari baju raya.Baju raya aku yang ditempah belum siap so terpaksa beli baju raya yang sudah siap dijahit.Aku pilih baju warna ungu.Takdalah cantik sangat pun.. baju kosong,simple sanad! walaupun begitu,RM200 tetap melayang. 

Then,aku pergi beli bantal Spongebob. Haha,comel nak mampus..

Time aku pergi Kamdar,there's something terrible happened.

Aku ni mau cri tudung labuh bidang 60.Yelah kan..budak sekolah agama.nak test tudung baru... Aku tanyalah kakak Kamdar tu.

Dia pun tunjukkan aku kat mana kain tudung tu.Aku pun ikut.Lepastu,dia blah.Tengah asyik memilih kain,aku nampak ada kain tudung cntik tapi kat bahagian tersembunyi.Tempat tu kena halang oleh gulungan kain yang belum dibuka.

Toleh kanan,toleh kiri..

Wah,tiada orang nampak! Aku pun buka sandal.Aku terus pijak gulungan2 tu..Cantiklah kain tudung tu. Tiba-tiba......... adik aku Arman datang.

Arman: Kakak! Apa kakak buat sana tu?! (dengan suara yang kuat)

Aku: Eh,diam-diam bah.Aku turun lah ni! 

Dengan tidak semena-menanya,brooch aku tersangkut kat batang gulungan kain tudung yang sedang berdiri.Aku pun terjatuh. Nak tahu apa terjadi?

Semua gulungan kain yang sebaris dengan kain tudung yang aku tengah cari tu jatuh macam dekat cerita Robots tu!! 

Aku punyalah mengelabah terus cabut.Haha..lawak sangat kalau difikirkan semula..

Okaylah,ciao..merepek tengah malam..Assalamualaikum :)





Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Segelas susu :)


Assalamualaikum :)


Alhamdulillah.. Aku bertemu jua dengan Ramadhan tahun ni.Tahun depan nda tau lagi.Insya Allah kalau dipanjangkan umur.

Aku baru jak jumpa satu cerita kat Facebook.Menyentuh hati aku..

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”

Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”

“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak it uterus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dengan kelolaan doctor pakar.

Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doctor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

Pengajaran ::
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang barada berdekatan kita.

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41

Kredit Izinkan Saya Share


Kebaikan sekecil manapun ia tetap tercatat dalam catatan malaikat pencatat amalan kebaikan.Kejahatan sekecil manapun ia tetap dihitung di neraca mizan   
di akhirat kelak. Take note saudara muslimku..


Ciao dulu. hehe,selamat berbuka puasa kepada yang beragama Islam :) Wasalam.


Kamsahamnida baca entri ini!^o^

29 Jun akan datang


Baru habis mandi sungai.tak pernah sungai sejak umur 5 tahun.sob sob sob budak sakai sekejap hahaha


Pada 29 Jun ini ,aku akan terima result mid-year test yang akan ditandatangani oleh abah. Im gonna die!!


Well,aku ada gagal 3 subjek.Tulah akibat tidak belajar betul-betul.Aku gagal subjek
Fizik,Add Math and Kimia. 

Aku kecewa la jugak dengan result aku ni. yelah kan,aku ni malas belajar.cuma tau bertweet ja. Hish,aku ni! 

Abah cakap dia akan pindahkan aku kat SMK Arshad. OMGGGG Abah,nda mau.
Aku sayang SMATS.Aku tidak mau pindah.

Tapi 29 Jun ni,apa agaknya reaksi abah nanti ar?????

okay,just a short entry :) Assalamualaikum.

Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Post terakhir



Besok aku pulang asrama lagi! aku tak suka keadaan ni! Aku still tak boleh terima esok adalah hari Ahad! ANDWAE!!! :'(

Aku tengok 8 drama Korea cuti 2 minggu ni.Tupun belom habis tengok lagi.
1.Me Too Flower
2.Shut Up Flower boy Band
3.Tree with deep roots
4.Fashion King
5.Rooftop Prince
6.Miss Ahjumma
7.Becoming A Billionaire
8.Love Rain

Sebab tengok benda ni,kerja rumah aku semua tak siap kecuali BM.Hahahaha hebat aku :P kau hado? aku nak buat review tapi banyak giloss drama aku tengok

Shut Up Flower Boy Band tu best! Mengisahkan 6 orang kawan tapi si Byung Hee tu mati kena langgar and i was so sad! menangis gilos macam orang hilang akal ptuii :P Heroinnya comel sangat macam rupa kak Heliza Helmi wateber. Sung Joon sangat cool,L Infinite kat sana sangat sanad sanad kiut tapi serius.Go Il tu cam rupa putera and 2 orang kawan sejati yang comel sesangat,Kyung Jong and Ha Jin.(Eye Candy). Watak jahat dia memang jahat.taklah jahat sangat actually. Dia cemburu sebab heroin suka kat Min Hyuk. :D 
Overall rating 4.5 / 5 bintang 

 
Me Too Flower ni aku rembat dari kawan aku.Aku tengok ni sebab ada Gi Kwang B2ST.Comelnya Gi Kwang jadi officer sana.Ingatkan dia hero rupanya bukan.tapi heronya hensem jugala haha
Cerita ni boleh tahan.bes jugaklah.. Cuma aku tak keluar air mata sangat walaupun cerita ni romance genre.However,ianya sangat romantik bila heroin tu peluk si hero lol
but bila heroin tu keluar perangai yang aku tak suka,pentingkan diri maybe ,no! bukan pentingkan diri.Heroin dia sangat ego padahal hero dia taklah begitu sangat.Comella jugak drama ni. :D 

overall rating 4/5 bintang 



Fashion King ni aku tengok sebab ada Shin Se Kyung.Seriously,dia comell!! Then ada Yuri SNSD haha aku suka aku suka! Yoo Ah In pun hensem and si Jae Hyuk yang hensem jadi jahat :P 
Walaupun sense fashion tu kurang,erm not bad.Cerita ni overall okay cuma aku frust dengan endingnya. Gantung weii! korang tengokla sendiri baru korang tau 

overall rating 4.5 / 5 bintang





First tengo iklan Miss Ahjumma kat One hari tu memangla excited tapi pastu hilang minat tengok sebab budak asrama la katakan... so,tak dapat tengok eps 1.aku memang tak suka tengok cerita kalau tak mula eps 1.tapi time cuti 2 minggu ni,aku tengok adik bongsu aku suka sangat tengok cerita ni walaupun dia baru ja 8 tahun.Im curious,apa yang seronok Miss Ahjumma ne? aku pun try tengok walaupun dah episod 30 berapa tu. andd..... memang best giloss
heroin dia frust sebab suami dia ceraikan dia and ubah penampilan.Dia lebih cantik dari dulu.First tu rambut dia keriting and gemuk tapi dia sangat cantik lepas frust tu. Suka sanad kat drama ni.adakah aku sempat tengok 97 eps cerita ni?? tak boleh bagi overall rating lagi sebab aku belum habis tengok.Aku tak donlod cerita ni,aku just ikuti kat One HD.


Inilah cerita first aku tengok yang guna time travel.Raja Chosun(Korea),lee Kak 300 tahun lalu dengan 3 tenteranya yang comel hahaha travel zaman moden sebab nak cari Permaisuri dorang yang kena bunuh yang dikatakan akan muncul pada zaman moden iaitu Hong Se na.Dorang jumpa  Lee kak menyamar jadi Tae Yong yang hilang.Korang bayangkan betapa sakainya dorang haha . Cerita ni best sangat!!! watak jahat cerita ni,Hong Se Na and si Tae Moo tu jahat sangat! Aku paling  benci Se Na time dia tipu dia anak Puan Jang.hughh,geram gilos. Paling comel time si heroin terhantar mesej luahan perasaan cinta dia kat si hero.Dia amik handphone Lee Kak then tanam dalam tanah.Sekor anjing jumpa handphone tu.Lee Kak perasan tu handphone dia then baca mesej tu. Aku pun macam monyet kegembiraan sebab sangat comel momen tu la! walaupun endind dia happy tapi aku tak puas hati jugak sebab aku nak Park Ha (Han Ji Min) tu dengan Lee Kak (Yuchun JYJ).memangla Taeyong tu serupa dengan Lee Kak tapi aku rindu tengok personaliti Lee Kak.Dia tetap panggil diri dia "Beta" dengan Park Ha walaupun dia ada pada zaman moden.:D Aku sangat suka drama ni!!!

Overall rating 5/5 bintang hehe


Lepas ni,aku nak tengok Queen In Hyun's man pulak!:D

lambatnya aku tidur hari ni.Tu jalah entri aku tuk hari ni. Aku nak balik penjara dohh! Adaka aku patut berpura-pura sakit? haha kidding. Asrama ,kau tunggu aku sana. Aku sayang kau! (seram)



Kerja rumah aku banyak tak siap lagi.Nasib baik surat tak rasmi tuk PM yang diwajibkan untuk 4 Sains aku dah siap.Kalau tak aku pun dah jadi giloss.



K lah,crush aku pun nak balik maktab. aku tak pernah jumpa dia lagi tahun ni. :'( Pogoshippoyeo . I really miss him 

 Annyeonghigaseyo :)




Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Segmen:We're Kpop Bloggers



Assalamualaikum and annyeong chingu(s) :)
Hari ni,aku join segmen We're Kpop Bloggers by Tieqa eonnie.Lamanya tidak join segmen hahaha and this is my first time joining segmen about Kpop.Well yeah,I am a Kpopper! :D



1-Sejak bila korang mula meminati muzik Kpop?
Time saya form 3 :)
2.Apa yang bestnya tentang Kpop yang orang lain perlu tahu?
Hmm for me ,Kpop is all about dream.I love Kpop too much dan bila aku dengar/tengok,akan sentiasa tersemat di hati aku ingin belajar betul supaya aku boleh pergi KOREA! hahaha weird? aniyo,it's not weird.It's normal right? Oh ya,satu lagi! Once you get Kpop fever,you can't cure it.never! just like me. :DD
3.Favourite artist/group
 B2ST (the beginner of my obsession) Suju SHINee So Nyu Shi Dae(Girls' Generation) 2NE1 BTOB,Boyfriend,CNBlue,2PM,2AM,Seung Gi,IU,KHJ,FT Island,Infinite,U-kiss,Infinite,A Pink,4 Minute,T-Ara,Big Bang,DBSK and banyakkkk lagii :D Malas mau tulis.Pokoknya,saya minat semua grup Kpop 

4.Siapa ultimate bias korang?
Gi Kwang B2ST (that innocent smile is killing me!)

 Lee Jeong Min Boyfriend

G.O MBLAQ


Maknae Taemin SHINee


Big Bang :)


Only him! Niel Teen Top


SungJae BTOB

he's cute! Kris EXO M

and last


Yeppeun eonnie :) Yoona SNSD

5.Antara banyak2 blog Kpop bloggers.Blog siapa yang selalu korang review?Sebab?

Okay,antara banyak2 kpop bloggers,saya suka walking kat blog sis Amoi. Blog dia best! Banyak info pasal K-Drama and cara penulisan dia pun funny and daebak :)

Saya tag semua Kpoppers yang baca entri ni ;)


okay,mengantuk! dannyeoolkkaeyo ^_____^


Kamsahamnida baca entri ini!^o^