Pages

Orientasi or Minggu Mesra Mahasiswa UKM

Assalamualaikum!!


Tengah dengar lagu baru Lee Hi, Breathe. I love that song, emotional. Cantik sangat kan kulit dia dalam MV tu huhu dia pakai skincare apa tu...... okay berbalik kepada topik. Meh aku ceritakan minggu memenatkan ni. Entri ni pendek je sebab korang perlu explore sendiri macammana MMM ni sebenarnya. Tak best lah kalau cerita banyak haha. So aku cerita secara kasar jalah k


      MMM ni berjalan selama seminggu. Tak mandi? Tak cukup tidur? Ya benda yang sangat sinonim dengan minggu orientasi. Apapun, minggu orientasi di universiti taklah seteruk mana pun kalau nak dibandingkan dengan orientasi time matriks dulu. Bagi aku lah.

     Yang paling aku suka dalam minggu MMM ni bila masuk DECTAR (dewan cancelor Tun Abdul Razak). Lagu Varsiti Kita tu memang best sangat bila nyanyi ramai-ramai. Rasa bersemangat. Dalam DECTAR pun sejuk walaupun banyak orang. 

     Makan free selama seminggu jangan risau. Layan diri tapi ingat-ingat orang belakang lah. Mealtime korang akan terjaga termasuk minum petang semua tu. Setiap kumpulan akan ada meja sendiri. Selagi tak lengkap ahli kumpulan, selagi tu tak boleh start makan. Tak makan, kenyang pun takpa. Yang penting ada kat meja. See how terjaganya student time tu haha.  Pemakaian pula, selama seminggu kena pakai:

1. baju kolej
2. baju universiti
3. baju kurung warna biru, kemeja putih untuk lelaki (2 pun cukuplah)
4. tudung putih untuk muslim (instant tak dibenarkan, disarankan bawa 3) 
5. Kasut hitam
6. Kasut sukan

Bayangkan seminggu, baju ni sahaja yang dibenarkan okay! Amat penting untuk bawa Febreeze untuk mengekalkan 'kesegaran' baju. Kalau nak basuh, basuh guna mesin. Itupun time malam jalah ada masa. Kalau basuh guna tangan, pastikan perah sekuat hati haha.

    
    Lagi satu nak bagitahu, time MMM ni, jagalah solat ya. Penat macammana pun, solat. Tak payah nak qadha solat sangat k, qada solat hanya dibenarkan kalau terlupa atau tertidur. Time MMM juga, ikhtilat kita sukar untuk dijaga terutamanya time aktiviti berkumpulan. Terlampau mesra antara ahli kumpulan sampai bertepuk tampar, ketawa mengilai sana sini. Nanti time perang DECTAR lagilah.


    Sepanjang orientasi, students banyak berlatih cheers. Selagi tak kuat, selagi tu kena seksa oleh PC! Aku pernah sampai nak jatuh sebab terlalu lama berdiri. Sabar sajalah!
 Kalau nak tahu, orientasi ni akan dibahagikan mengikut kolej. Kolej aku ni kolej kecil. So bilangan pelajar tahun 1 pun dalam 200 sahaja. Tidak seperti kolej Keris Mas atau Zaaba. Dorang kolej besar so banyak students.Kenapa kena berlatih cheers banyak-banyak? Salahkan perang DECTAR. Untuk perang DECTAR, amatlah penting untuk mengeluarkan semua suara yang tersembunyi itu haha. Dahlah bilangan kami sikit so memang suara sangatlah kena like wowwww.. 

     
    Well, apa tu Perang DECTAR? Nilah perang cheers! Siapa cheers power and paling lama kekal kat DECTAR kolej tulah menang. Time ni lah suara akan hilang. Haaaaa ukm ni special sikit. Ada tradisi. Malam last tu malam paling dinanti-nantikan oleh para PC. Siapa menang perang DECTAR, kolej tu kononnya powerlah. Aku tak suka sangat perang ni. Entahlah, takda faedah tapi tradisi lah kononnya. Dia best sebab dia bagi kau semangat unity lah macam tu haa. Kolej aku menang perang ni tapi tekalah kami pulang kolej jam berapa? JAM 4 PAGI OKAY!! Solat isyak weh!! Memang bengang lah juga time tu. Time perang DECTAR ni kau kena pandai menyelinap keluar untuk solat untuk yang tak berani atau minta ja kebenaran kat PC untuk solat. Yang tak solat pun ada time ni. Jangan macam tu eh. Nak tengok Perang DECTAR, search ja dekat youtube. Memang hectic gila gila lah malam tu. 


Tu jelah aku nak cerita pasal Minggu Mesra Mahasiswa ni. Kalau ada apa-apa nak tanya, simply leave a comment down below okay. Bye!








Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Hidup di UKM

Assalamualaikum.


         Okay, nampaknya setahun lebih sudah tidak update blog ini. Aku memang agak busy dengan kehidupan sekarang huhu. Aku lebih rajin scroll down than to write down. So, as you can see, yeah the title, aku just nak share pasal kehidupan awal aku di UKM. Aku sekarang pelajar tahun 1 Microbiology. Semester 2 dah sekarang. Aku dulu sebelum masuk UKM, aku banyak sangat search pasal universiti ni. Hows the life there, is it fun or what, what should I bring, the surrounding, my course and banyak lagi. Aku akan post beberapa entri tentang UKM so I hope the posts are going to be useful for you guys especially for those who come from Sabah and Sarawak macam aku. Echingggg!


        My flight date from Sabah was exactly on the registration day of UKM as I came alone and I did not want to find any accommodation that of course need a withdrawal of money. Perlu berjimat k. Aku datang ke UKM guna teksi. Pihak UKM ada sedia bas di airport. Kalau nak selesa, naiklah teksi walaupun bazirkan RM50+. Dengan bagasi yang banyak lagi phew! Penat weh mengangkut. Kalau takut-takut naik bas pun boleh. Mana-mana saja..

       Aku dapat Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) and sampai ja sana, oh my God, bukitnya is disgustingly tinggi k! Aku disambut oleh dua orang PC (pemudahcara) and I called them ABANG. Bila ingat balik I was like euwwww why did I call them abang ugh. At that time aku rasa dorang tua dah rupanya 1995 k. Awkward ¬.¬ Untuk pengetahuan korang, KBH ni antara kolej tertua dan kolej yang kecil. So, agak senang sikit untuk penghuni KBH mengenali antara satu sama lain especially budak satu batch. Lepas pendaftaran, bagi borang itu ini, kunci, beg, baju kolej dll, aku pun mula mengangkat beg masuk bilik. Tingkat 3. Huahua, memang berpeluh gila. And then, aku jalan kaki pergi FST (fakulti sains dan teknologi). Tak jauh, 15 minit berjalan dari KBH. Pergi sana daftar untuk kos aku lah. 
  

          Sebenarnya agak sayu bila tengok student lain mendaftar dengan mak ayah dorang, aku start dari airport sampailah bab mendaftar semua buat sendiri. Terus rindu ummi abah.  
Tipulah kalau aku tidak menangis. Hahaha. Tapi hati harus kental! Aku memang memilih untuk belajar di semenanjung sebab mahu rasa tinggal di tempat orang. You know, you cannot buy experiences. The only reason why I study here, experiences. So untuk sabahan dan sarawakian, be strong! Keep your chin up, explore the places. Trust me, being alone buat diri kau matang dan tahan cabaran. 

      
         Balik dari FST, aku terus rebah ke katil. Penat sangat-sangat. Tetiba tidak lama lepas tu, pengumuman untuk pelajar baru supaya ke kafe kolej untuk 'pemanasan' orientasi or Minggu Mesra Mahasiswa. Dan bermulalah masa yang lebih memenatkan yet fun. Hahaha.

Nanti aku cerita lebih pasal orientasi eh. Bye!




Kamsahamnida baca entri ini!^o^

Resepi tiramisu simple gila!!

Assalamualaikum.

      Lama gila aku tinggalkan blog. Macam gua pun ada. Alah, aku kan ambil SPM tahun ni. Best gila dah habis. Rasa macam mau lompat bintang seratus kali. Disebabkan aku dah habis SPM, aku nak buat semua  yang aku tidak boleh buat during shcool time. 
  
     Actually, aku takla berapa minat kat tiramisu. Aku start dengar nama tiramisu ni kat sinetron Benci Bilang Cinta. Then one day, aku nampakla resepi tiramisu kat Fatin Liyana punya blog. Simplenya... Resepi aku sama ja dengan dia punya cuma aku edit sikit. Seriously,  this is the easiest cake I've ever made. Tak payah letak telur or letak kat oven or sukat2 semua tu. Kalau aku laaaa...

Bahan-bahan:


  • 1/2 kotak whipping cream
  • 250 g cream cheese. (aku guna Philadelphia cheese)
  • Gula secukupnya. (ikut hatilah nak manis ke tak. Aku letak 5 sudu gula then susu pekat sikit. Saja.. tapi sedap juga.)
  • 1 paket biskut tiramisu (kat tempat aku takda biskut ni so bantai jalah biskut Marie kat almari tu)
  • Air Nescafe tanpa gula
  • Nescafe 3 in 1 atau serbuk koko (I prefer to use choco powder sebab pahit+manis=nyammm) 

Cara-cara:

  • Campur cream cheese, gula dan whipping cream ke dalam mangkuk. Putar sampai sebati. Kalau cair sangat, itu maknanya whipping cream terlebih la tapi aku tak kesah sebab kalau masuk peti sejuk pun, dia akan solid juga.
  • Bancuh nescafe tanpa gula. Celup biskut kat air tu dan susun kat loyang. *
  • Tuang sedikit adunan tadi untuk cover biskut. *
  • Tabur nescafe 3 in 1 atau serbuk koko guna penapis. Kalau tak guna penapis tak cantik.*
  • Ulang balik langkah * sampai loyang tu penuh. Tak penuh pun takpa. Ikut suka hati masing-masing lah. 
  • Kalau taknak guna loyang pun takpa. Guna tupperware or bekas plastik pun bole. Hihi.
  • Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam gitula. Baru sedap nak makan. 

macam ni lah rupa tiramisu aku.

Guys, selamat mencuba!



Kamsahamnida baca entri ini!^o^